Tuesday, August 23

mimpi itu mainan tidur....

org tua memang selalu berkata macam tu.



tapi ada juga mereka mengatakan yang mimpi pada awal tengah malam mungkin benar,
dan mimpi sebelum subuh itu mainan syaitan juga utk lekakan kita sebelum subuh.


"Mimpi itu ada tiga macam: Mimpi dari Allah, mimpi sedih dari syetan dan mimpi yang terbawa bisikan seseorang ke dalam hatinya saat terjaga, lalu dia memimpikannya saat tidur."



"Mimpi yang benar itu merupakan satu bagian dari empat puluh enam bagian dari nubuwah."


mimpi di siang hari juga mainan syaitan, lebih2 lagi mimpi dalam waktu tidur selepas waktu asar



tp aku mimpi selepas subuh, (tidur lepas sahur sblm p keje la..)
mimpinya begini..



arwah nenek aku meninggal pada hari raya ke 3 2 tahun lepas. makanya pagi semalam aku bermimpi dia pulang beraya / untuk beraya. mukanya ceria sangat2. aku berkejaran kegembiraan menyambutnya. siap aku tanya ke mana dia pegi 2 raya lepas, dan raya kali nih dia ada. dia cakap dia ada, cuma aku yang x nampak dia. 

kitorang peluk2 kegembiraan. yep..aku adalah cucunya yg paling rapat selepas sepupu aku yg dia bela sejak kecil.

selepas tuh aku tersedar kerana jam berbunyi.... sedihnya aku pagi tu....teringat kat arwah nenek... 



kemudian aku buat kesimpulan; bahawa dia bergembira kerana di sedekahkan ayat suci al-Quran malam sebelumnya. aku dh lama x sedekahkan pada dia sejak pegi melaka, balik dah hampir sebulan dan dh masuk 10 hari terakhir puasa dh...

kalau kita sayangkan orang yang telah pegi..selalulah sedekahkan paling kurang al-Fatihah kepadanya agar tenang dan gembira dia di sana.

No comments:

Post a Comment

mekasih kerana sudi menconteng arang kat blog sayer

(^_^)V