Thursday, February 17

Aku & Kenangan

aku hanyalah manusia biasa... berkawan dengan semua orang.. pernah kawan skolah dulu cakap aku seorang kawan yang sporting.. sporting kah aku??? adakah kerana aku selalu meletakkan kesenangan dan kepentingan kawan aku di sepan berbanding kepentingan sendiri menjadikan aku seorang kawan yang sporting?? kalau itu lah dia cakap..mungkin ada betulnya...

aku tidaklah punyai kawan yang ramai...tetapi di setiap tempat aku tinggal aku ada kawan....malah classmate skolah rendah aku masih lagi menjadi kawan aku....skolah rendah sahaja dah 3 buah...termasuk skolah menengah....2 buah U..2-3 tempat kerja sambilan...blom campur kenalan yang bermula dari alam maya dan di kenalkan oleh kawan.. x terbilang..

banyak pengalaman dan kenangan aku dengan kawan...apatah lagi dengan kenangan kehidupan yang pelbagai ini... kerna aku yang 'sporting' ini..kebanyakannya aku tinggalkan aja kenangan itu di belakang... BF?? pun banyak gak..pelbagai jenis pelbagai ragam....pun aku tinggalkan di belakang...sampai ada yang aku lupa... sungguh... kebanyakkannya aku telah buang jauh2 dari kotak ingatan..ku benamkan di dasar bumi sana..agar tidak lagi aku kenangkan semua yang telah menyakitkan hati aku..

tindakan aku sendiri yang suka menurut kata hati...biarlah akal sedaya upaya menyedarkan aku..kadang2 aku pinggirkan sahaja kata akal itu .. natijahnya...aku yang sakit..aku yang merana..x apalah.. sampaikan aku memujuk diri sendiri untuk menerima itu secara positif...bahawa biar la aku susah insya allah suatu hari nanti akan ada kesenangan bagi aku.. insya allah allah akan membalas perbuatannya.. percaya kepada takdir buat baik di balas baik.. percaya kepada roda kehidupan...percaya kepada hari pembalasan...

aku bukanlah seorang anak yang di ajar untuk berbuat jahat...berbuat aniaya kepada orang.. pemerhatian aku tidak membenarkan aku mengambil kesempatan di atas kelemahan org lain...kelemahan aku membataskan aku mencetuskan pergaduhan walau sekali sekala emosi / amarah ku memuncak....tp hanya sementara sahaja...aku jugak tidak di ajar untuk menindas orang yang lemah... maka aku lebih suka utk berkata tidak sekiranya aku tidak mampu untuk membantu menyelesaikannya..

dan kini...aku rela di panggil sombong asalkan aku tidak susah..... hak aku adalah hak ku...

sungguh aku pasrah kepada ketentuanmu.. ya rahman ya rahim...ya latif..ya qarim...

No comments:

Post a Comment

mekasih kerana sudi menconteng arang kat blog sayer

(^_^)V