Saturday, April 16

the truth is complicated...

kadangkala... ia lebih senang utk mencipta penipuan drpada berkata benar...

tetapi... penipuan yang di cipta harus di pakejkan dengan berpuluh..beratus malah beribu penipuan agar ia menjadi sempurna.. tetapi jika ianya PENIPUAN...sesempurna mana kah yang ia akan jadi selagi ianya adalah satu PENIPUAN???

berkata benar sebenarnya senang.... tetapi kita lebih memikirkan kesan dan akibat drpada kebenaran itu... apa pandangan org pada kita yang berkata benar.... apa kesannya kepada org lain... dapatkah orglain menerima kebenaran itu seperti kita??

penah aku mengenali seseorang... susahnya dia nak mencerahkan mengenai dirinya.. sehingga pada satu malam di bulan puasa dia berterus terang tentang dirinya... aku menerima dengan tangan terbuka.. mengutuk tidak... teruja pun tidak... terima dirinya seadanya... tapi menyimpan kebenaran tentang dirinya... payah juga... macamana dia simpan kebenaran itu bertahun2 lamanya dr orang sekeliling??? keluarganya??? aarghhh .. kuatnya dia..

bertindak benar satu hal... bukan semua org suka kita berlaku benar.. seperti yang di gariskan oleh panduan tertentu... xde menda lain laa... contohnya mengumpat.. semua org suka buat ketupat... tetapi adakah itu kelakuan yang benar??? ohh tidak... bukan berlaku benar mengayam ketupat x berdaun x berbungkus itu...

berkata benar itu memang susah... payah... berkata benar semberono di katanya laser.. berkata benar secara berlapik berkias kadangkada org susah nak paham... time dia paham di katanya kita menyindir dia... berkata benar juga kadangkala boleh menyelak isi dalam kain.... oh susahnya...

maka.. perlu bijaksana dalam menyatakan kebenaran...perlu jua bijak dalam bertindak benar... seumpama seorang peguam berpegang pada hujah di hadapan seorang hakim membela manusia yang di aniaya dengan perangkap oleh penjenayah...

dan juga YAKIN apa yang kita katakan..lakukan.... percayakan itu adalah benar belaka....

tetapi... siapa yang ingin menipu yang dirinya tidak takut pada kebenaran mengenai kematiannya???

No comments:

Post a Comment

mekasih kerana sudi menconteng arang kat blog sayer

(^_^)V